PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN EMPAT
KUDA KEPANG
Jumlah pengunjung
Tuesday 18 September 2012
~Sejarah Warisan Kuda Kepang~
Kuda kepang merupakan satu seni tradisional yang semakin ditelan zaman. Kuda kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Menurut orang Jawa memberikan makna bagi 'jaran' ialah kuda manakala 'kepang' merujuk kepada anyaman. Bagi masyarakat jawa panggilan bagi kuda kepang yang popular ialah jaran kepang kerana pertunjukan yang dipersembahkan ialah menggunakan anyaman kuda.
Pembuatan
kuda kepang adalah dengan menggunakan buluh yang dianyam. Pada awalnya
kuda kepang menggunakan pandan yang dianyam tetapi kini ada yang
diperbuat daripada papan lapis atau kulit lembu. Ianya biasa berwarna
kitam dengan bulu berwarna kuning. Namun pengubahsuaian telah berlaku
apabila terdapat juga kuda yang dibalut dengan baldu bagi menampakkan
kuda semakin menarik. Kebiasaanya hiasan seperti ini adalah bagi tujuan
persembahan diperingkat tinggi.
Mengikut
seperti yang dikatakan oleh Soedarsono (1983), kuda kepang mula
berkembang sebelum berlakunya perkembangan Islam iaitu pada abad ke XV.
Persembahan kuda kepang ini dimainkan dalam upacara pemujaan.
Dipercayai, kuda kepang dimainkan adalah bertujuan orang yang masih
hidup untuk menjalinkan hubungan dengan roh orang telah mati. Selain
itu, mereka percaya kuda kepang dimainkan bertujuan untuk membersihkan
desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka.
Kuda
kepang adalah merupakan sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal
daripada Jawa. Telah berlakunya penyebaran kesenian ini meluas serata
wilayah di Nusantara. Penyebarannya diteruskan lagi setelah dibawa masuk
oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini dan kekal sehingga
sekarang dan masih banyak mengekalkan ciri-ciri keaslian tradisinya.
Permainan ini sangat popular khususnya di negeri Johor. Tidak banyak
pengubahsuian yang dilakukan walaupun setelah berkurun lama seni kuda
kepang ini wujud. Hal ini disebabkan masyarakat Jawa yang begitu kuat
mengekalkan seni tradisi mereka dan ini dibuktikan dengan pengekalan
seni budaya dan juga tutur bahasa yang digunakan sehari-hari.
Masyarakat
Jawa masih tidak lepas daripada kepercayaan unsur ghaib sehinggakan
banyak upacara tertentu dilakukan dan salah satu daripadanya ialah
persembahan kuda kepang. Dalam kehidupan msyarakat Jawa mereka telah
melakukan percampuran antara nilai agama dan juga masih mebgekalkan
kepercayaan nenek moyang yang kuat.
Subscribe to:
Posts (Atom)